AUTHENTIC SAMBAL REAL MALAYSIAN SOUL

Your Cart

cartisempty

Subtotal
MYR 0
Shipping, taxes, and discounts will be calculated at checkout.

Published 2025-08-21 04:17:30 by zanariah

Cik Midah dalam Utusan Malaysia, sebuah Penghargaan

Cik Midah Optimis Sijil Halal

Alhamdulillah ‘ala kulli haal.
Today marks another beautiful memory in Cik Midah’s entrepreneurial journey. Seeing her name and story featured in Utusan Malaysia fills the heart with gratitude, pride, and emotion.

Who would have thought that sambal, once just a simple dish from the family kitchen, would be given the opportunity to be highlighted in mainstream media? What started as a traditional recipe is now stepping onto a much bigger stage.

Since the very beginning, Cik Midah’s biggest dream has been to see her small product stand tall alongside established brands, and one day, to reach the global market. One of the most important steps towards that dream is to obtain the Halal Certification from JAKIM.

The process is not easy. It requires fulfilling various documents, standards, and inspections – from kitchen hygiene, sourcing raw ingredients, to management systems. Every detail needs to be precise and consistent. But for Cik Midah, these challenges are what fuel her determination.

Optimistic? Absolutely. Because halal is not just a label, it is a symbol of trust and responsibility towards customers. When people see the halal logo on Cik Midah Sambal, they will not only know it tastes good, but also trust that it is clean, safe, and aligned with Islamic principles.

Prayers are needed for this journey to be made easier. Despite the obstacles, Cik Midah firmly believes that sincere effort, done with patience, will bear fruit at the right time.

A special thanks to Utusan Malaysia journalist, Cik Sabrina, for capturing and sharing this humble yet hopeful journey.

 

artikel Utusan Malaysi bertarikh 18-08-2025

 

Alhamdulillah ‘ala kulli haal.
Hari ini tercatat satu lagi kenangan manis dalam diari perjalanan keusahawanan Cik Midah. Saat melihat nama dan kisah kecil ini terpampang di akhbar Utusan Malaysia, hati terasa sebak, bangga, dan terharu serentak.

Siapa sangka, sambal yang dulunya sekadar mainan rasa di dapur rumah dan menu harian keluarga, kini diberi ruang untuk diketengahkan di media arus perdana. Dari sekadar resipi turun-temurun, kini sambal ini sedang melangkah ke pentas lebih besar.

Sejak mula berniaga, impian terbesar Cik Midah adalah melihat produk kecil ini berdiri sama tinggi dengan jenama besar lain, bahkan mampu berada di pasaran dunia. Salah satu langkah penting untuk merealisasikan impian itu ialah memperoleh Sijil Halal Malaysia.

Prosesnya tidak mudah. Ada banyak dokumen, piawaian, dan pemeriksaan yang perlu dipenuhi  daripada kebersihan dapur, sumber bahan mentah, hinggalah ke sistem pengurusan. Setiap satunya perlu teliti dan konsisten. Namun, bagi Cik Midah, inilah cabaran yang menguatkan semangat.

Optimis? Ya. Kerana sijil halal bukan sekadar label, tetapi lambang keyakinan dan amanah kepada pelanggan. Apabila pelanggan melihat logo halal pada Sambal Cik Midah nanti, mereka bukan sahaja tahu rasanya sedap, malah yakin ia bersih, selamat, dan menepati syariat.

Doakan perjalanan ini dipermudahkan. Walaupun banyak halangan, Cik Midah percaya bahawa usaha yang ikhlas, bila dilakukan dengan sabar, akhirnya akan membuahkan hasil pada masa yang tepat.

Terima kasih sekali lagi kepada wartawan Utusan Malaysia, Cik Sabrina, yang sudi melakarkan perjalanan ini , sebuah usaha kecil yang penuh harapan besar

bole baca klik  artikel ini di online  utusan malaysia https://www.utusan.com.my/ekonomi/2025/08/gold-buroq-global-optimis-peroleh-sijil-halal/